CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Get This.
Annyeonghaseyo 안녕하세요 ! Welcome To My Blog ! :)

Saturday 12 November 2011

Teddy Oh Teddy ..









teddy .. setiap malam aku peluk kau . setiap malam aku cium kau . muka kau yang comel tu .. alahai, rasa nak pengsan saja lah :) . kalau aku sedih dan menangis seorang diri, kau lah yang selalu temankan aku . tak macam kawan aku yang lain .

kan best kalau kau ada hati, perasaan, otak dan akal ? kau boleh jadi kawan baik aku sampai bila - bila . cuma kau dan aku . kita boleh kongsi sama - sama suka dan duka kita . bila kita sedih, gembira .. kita boleh alami sama - sama . bestnya .. <3

tapi .. tu tak akan berlaku kan ? ya, memang tak akan berlaku . kalau tu berlaku mungkin satu dunia penuh dengan teddy bear je kan ? hahaha .. :D

Tuesday 8 November 2011

Kenyataan yang sebenarnya

kau katakan padaku yang kau tak cintakan aku dan tak boleh terima aku . kau tahu ape perasaan aku ketika itu ? hatiku seperti dihiris-hiris dan dirobek robekkan oleh kau . aku tahu aku tak seperti orang yang kau kasihi tu . aku tahu aku tak boleh gantikan tempat dia di hati kau . setiap malam, aku selalu menangis . kau tahu kenapa aku menangis ? sebab kau aku menangis . aku tahu aku siapa di hati kau . kau hanya anggap aku sebagai kawan kau dan juga adik kau .

aku hanya mampu menangis bersendirian . menahan keperitan yang aku alami . menahan kesakitan yang aku alami . bila aku bersama dengan kau, aku berpura-pura gembira . aku tak mahu kau tahu yang aku tengah sedih sebab kau . hipokrit kan aku ni ? setiap kata - kata yang kau keluarkan padaku, semuanya bermakna bagiku . 

bodoh kan aku ni ? kau meminta padaku untuk lupakan kau dan lepaskan kau pergi . ya, aku akan lupakan semua tentang cinta aku pada kau dan .. aku akan lepaskan kau pergi dari hidup aku . walaupun bukan kemahuanku . aku akan cuba menerima semua kenyataan ni .. dengan hati yang tabah .

Aku BENCI Perasaan Aku Ni

aku .. sayangkan kau . cintakan kau . rindukan kau . kau tau kenapa aku sayangkan kau ? entah lah, aku sendiri pun tak tau kenapa aku boleh cintakan kau . orang kata, cinta tu buta . betul ke cinta tu buta ? atau aku sendiri yang buta ?

ya, aku yang buta . buta sayangkan kau, rindukan kau . kawan - kawan aku cakap dekat aku,

" macam mana lah kau boleh sukakan dia ha ? dia tu kan bukan hensem pun ."

memang dia tak hensem, comel , etc . tapi dia tak HIPOKRIT macam orang yang ada rupa . dia tak BERLAGAK macam orang yang hensem, comel, semua - semua tu . dia seorang lelaki yang SETIA dengan orang yang dia sayang . bukan macam orang lain yang CURANG dan SAKITI HATI orang yang diorang sayang . 

tapi .. sekarang, dia mahu tinggalkan aku . aku tak mahu kehilangan dia . dialah cinta aku, dialah hati aku, dan dialah jantung aku . kalau semua tu hilang, boleh ke aku hidup ? sudah tentu aku tak boleh hidup tanpa dia . siapa yang mahu melayan kerenah aku yang kebudak-budakan ni ? siapa yang mahu mengambil berat tentang aku lagi ? tiada siapa kecuali kau saja . 

kau pernah katakan padaku,

" cinta itu tak boleh dipaksa datang dan pergi ."

ya, cinta memang tak boleh dipaksa datang dan juga pergi . tapi, bagaimana aku mahu hilangkan perasaan ni pada kau ? memang sakit bila cintakan orang yang tak pernah cintakan diri kita . aku sudah cuba banyak kali tapi tak berhasil pun . kau tetap ada dalam ingatan aku . kau hanya cintakan dia, bukan aku . bukankah itu HIPOKRIT namanya kalau kita sayangkan seseorang secara terpaksa dan tak rela hati ? 

pada lembaran ni lah aku tuliskan yang AKU CINTAKAN KAMU ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...